Friday, April 17, 2015

Laporan Teknikal 2


Windows 7 System Recovery


Apabila komputer kita menghadapi masalah, misalnya kena virus/malware, banyak problem selepas masa install atau uninstall software, configuration Windows dan dapat masuk safe mode apa yang kita boleh buat untuk membetulkan masalah-masalah tersebut ialah dengan menggunakan System Restore.

System Restore ni sangat popular semasa Windows XP dan kebanyakan problem boleh disettle dengan menggunakan System Restore. Tapi itu hanya untuk Windows XPlah. Windows 7, lain pula kisahnya. Walaupun ada beberapa problem boleh dipulihkan dengan menggunakan System Restore di Windows 7, tapi janganlah berharap sangat. Kebolehan System Restore dalam Windows 7 ni aku rasa sangat unreliable, kebanyakan problem tak boleh settle dengan menggunakan System Restore di Windows 7.

Walaupun begitu, kalau komputer kita manghadapi masalah, cubalah dulu gunakan System Restore. Aku akan cover cara menggunakan System Restore di artikel yang lain. Di artikel ni, aku nak tunjuk langkah-langkah atau cara-cara bagaimana nak buat System Recovery.

System Recovery ni adalah advance dari System Restore. Kalau System Restore failed, langkah terakhir ialah menggunakan System Recovery. Kalau System Restore hanya menggantikan fail-fail critical dalam system windows, System Recovery ni pula akan menggantikan seluruh Windows dari Windows System Backup (seluruh partition). Sistem Windows yang lama akan dipadamkan diganti dengan sistem Windows dari backup. Jadi, System Recovery ni sesuai hanya sebagai langkah terakhir.



Cara Menggunakan Windows System Recovery :




Untuk menggunakan System Recovery, kenalah ada sistem yang kita telah buatkan backup semasa komputer kita masih elok dulu.

1. Buka Control Panel dan klik ikon Recovery






2. Klik pada Advance recovery methods






3. Pilih Advance method iaitu "Use a system image you created earlier..."






4. Skip buat backup


Fungsi backup di sini ialah untuk buat fail-fail kita seperti dokumen, gambar, mp3 dan lain-lain yang terdapat dalam drive C: (biasanya seperti dari dalam my documents, my pictures, my music etc) keluar external harddisk ataupun drive D:





5. Tekan restart



“Warning” akan keluar jika tidak buat backup files dan computer akan restart.





Loading… 





6. Pilih keyboard.


Bila masuk System Recovery Options, perkara mula-mula sekali memang kena pilih keyboard. Tekan next…





7. Pilih System image backup.


Kalau kita ada system image yang lain, gunakan pilihan yang kedua. Windows akan recommend system image yang paling baru dia detect.
Tekan butang Next dan Next lagi di window sterusnya.







8. Tekan Finish untuk memulakan proses Windows System Recovery.




Akan keluar warning: Semua fail dalam partition yang kita nak restore tu akan hilang dan akan digantikan dari fail backup.




Windows System Recovery bermula. Masa yang di ambil adalah bergantung kepada saiz image backup. Selepas siap proses ini, Windows akan start seperti sediakala mengikut keadaan komputer semasa image backup itu dibuat dahulu.






*** Note ***
1. Windows System Recovery ni juga boleh di buat jika kita tak dapat masuk Windows, iaitu melalui System Recovery Options.


2. System Recovery Options boleh dibuka menggunakan Windows 7 setup DVD atau Windows 7 32-bit repair disc.

No comments:

Post a Comment