Sunday, April 19, 2015

Rujukan

1. Laman Web :

  • http://bhlcomputers.com.my/wp/

2.Panduan :
  • Dropbox practical student / bhl computers

3. Temu Ramah :
  • Mr. Ng King Kwong / Pegawai Pengambilan Latihan Industri
  • Alif Ashraf Anuar / Front Counter Leader BHL Computers.
  • Florian / SuperVisor in Service Center
  • Andrew Lim / SuperVisor in Sale 
  • Faizal Barri / Staff on Outside Service

Friday, April 17, 2015

Komen Dan Cadangan


Sepanjang menjalani latihan industri terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Berikut saya memberi serba sedikit cadangan untuk kebaikan sesebuah organisasi. Mereka haruslah menitik beratkan keselamatan dan kebajikan pelajar praktikal.

Selain itu sesebuah organisasi haruslah peka dengan kemasukan pelajar praktikal dengan kursus yang diambil supaya tidaklah ditempatkan dibahagian yang tidak berkenaan dan berkaitan dengan kursus yang diambil menyebabkan pelajar melakukan kerja yang tidak sesuai semasa menjalani latihan industri dengan kursus yang diambil.

Cadangan untuk para pelatih ialah mereka haruslah memberi tunjuk ajar tentang kerja-kerja yang hendak dilakukan bagi setiap tugasan yang diberi, dan memberi pendedahan yang mendalam tentang tugas-tugas yang ingin dibuat dari segi teknikal dan latihan.

Disamping itu juga, kemudahan tandas bangunan tidak disediakan dengan baik oleh kerana pelajar pelatih melakukan kerja dibangunan lain terpaksa turun dengan jarak yang jauh, sesebuah organisasi seharusnya menyediakan tandas yang sempurna dari segi kebersihan dan kelengkapan tandas.

Pihak pelatih juga didapati kekurangan pekerja untuk menguruskan kaunter utama. Mereka seharusnya perlu ada penambahan pekerja supaya tidak berlaku masalah-masalah seperti tidak cukup kakitangan untuk melayan kuantiti pelawat yang ramai.

Justeru, sesebuah organisasi yang menerima pelajar praktikal seharusnya perlu menitik beratkan peluang dan kepercayaan kepada pelajar praktikal untuk mengendalikan sesebuah kerja dan tugas yang diberikan dan memberi keterangan dan tunjuk ajar sebelum memberikan sesebuah tugas. Ia dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan memberi pengetahuan kepada pelajar praktikal dengan adanya cabaran-cabaran dan dapat bekerja dengan lebih komited terhadap tugas yang diberikan.

Kesimpulan

Kesimpulannya ialah Latihan Industri merupakan satu proses kaedah yang baik dimana dapat membantu pelajar dari segi kaedah praktikalnya, kerana dapat pelajar perolehi sedikit sebanyak tentang aktiviti serta tugas yang dilaksanakan justeru pelajar dapat mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan ketika menjalani Latihan Industri.

Disamping itu, Latihan Industri sangan berkesan kerana ia merupakan satu pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok alam pekerjaan dan peka dengan tugas-tugas disekelilingnya adalah sangat baik kepada pelajar terutama dapat membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi dan dapat menangani masalah-masalah yang timbul di situasi pekerjaan yang sebenar.

Latihan Industri juga, bukan sahaja membantu saya dalam situasi pekerjaan yang sebenar malah membantu saya perbaiki cara berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama antara pekerja banyak memberi manfaat kepada saya tentang erti kerja berpasukan yang telah dapat membina diri saya ketika melaksanakan kerja yang baik dan memberi impak yang besar kepada saya jika dialam pekerjaan kelak.

Dalam tempoh saya menjalani Latihan Industri ini merupakan satu alternatif kepada diri saya untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam diri saya sendiri, disamping dapat memberi manfaat kepada diri saya dari segi memajukan diri dalam melakukan kerja-kerja yang diberikan ketika pekerjaan yang sebenar kelak,

Keseluruhan Latihan Industri ini, banyak memdedahkan saya dari segi praktikal dan teori daripada latihan ini dapat memberi banyak kebaikan. Justeru dengan adanya pengalaman dapat menyesuaikan saya dalam situasi pekerjaan. Dengan adanya pekerja-pekerja yang bersikap ceria dan perihatin kepada setiap kerja-kerja yang dilakukan serta mereka rajin dan mencenderungkan diri saya sendiri untuk menjadi seperti mereka,

Bersyukur hendaknya kerana saya telah dapat menjalani Latihan Industri ini di BHL COMPUTERS, jutaan terima kasih kepada seluruh warga BHL COMPUTERS kerana banyak membantu dalam menjalankan tugas dan tunjuk ajar yang mereka berikan serta berkongsi ilmu pngetahuan dan mencurahkan kepada saya, secara langsung atau tidak langsung yang telah memberi manfaat yang besar kepada saya.

Laporan Teknikal 4




Kenapa perlu Internal Cleaning ???

  • Antara punca berlakunya kepanasan melampau (overheating) pada laptop adalah gangguan pada kipas laptop, iaitu dipenuhi dengan debu dan habuk.

  1. Langkah pertama sekiranya laptop terlampau panas dan mengakibatkan selalu auto shutdown atau auto restart ialah dengan cara servis semula laptop itu dengan cara Internal Cleaning / cuci fan .


Masalah yang akan berlaku jika tidak melakukannya :

  • Overheating ini boleh menyebabkan kerosakan pada komponen utama laptop, motherboard, juga hardware yang lain seperti hard disk, keyboard dan skrin.




Cara servis “Internal Cleaning” bagi laptop Acer 4750 :



1. Tanggalkan batteri dan removekan current dari laptop. Pastikan laptop tersebut tiada current didalamnya sebelum membuka casing dibawahnya.



2. Bukakan semua skru yang terdapat pada laptop tersebut.






3. Tanggalkan casing dan pisahkan ia dengan motherboard seperti gambarajah dibawah ini :








4. Bukakan skru yang terdapat pada motherboard , tetapi kena peka dengan skru yang mempunyai gamabr tiga segi sahaja yang perlu dibuka. Seperti gambar dibawah ini :





5. Tanggalkan komponen-komponen seperti Hard Disk, RAM, DVD-ROM dan Network Card.

Image result for hard disk laptop

Image result for ram laptop

Image result for dvd rom laptop




6. Bukakan skru pada CPU fan dan tanggalkan kabel wayarnya dari motherboard.





7. Cucikan CPU fan itu dengan menggunakan contact cleaner untuk membuangkan habuk yang melekat pada kipas itu.

Sebelum :





Selepas :



8. Selepas mencuci fan CPU,gantikan thermal plate dan thermal paste pada chip Processor dan graphic chip seperti dibawah :

Thermal Plate pada Graphic Chip

Image result for thermal paste pada processor
Thermal Paste pada Processor
9. Perkara yang terakhir ialah memasang semula skru yang telah dibuka dan masukkan semula Hard Disk, RAM, DVD-ROM , keyboard dan sebagainya.

10. Onkan laptop dan siap !!!




Laporan Teknikal 3


Cara pemasangan PC :

1.Memasang motherboard pada casing .


Untuk memasang motherboard pada casing , letakkan motherboard pada casing dan padankan lubang casing dengan motherboard, dan ketatkannya menggunakan skru.

2.Pasangkan Processor , CPU, Cooler dan Memory/ RAM ke motherboard.

Processor adalah sebuah IC yang mengontrol keseluruhan jalannya sebuah sistem komputer dan digunakan sebagai pusat atau otak dari komputer yang berfungsi untuk melakukan perhitungan dan menjalankan tugas. Processor terletak pada socket yang telah disediakan oleh Motherboard, dan dapat diganti dengan Processor yang lain asalkan sesuai dengan socket yang ada pada Motherboard. Salah satu yang sangat besar pengaruhnya terhadap kecepatan komputer tergantung dari jenis dan capacity Processor.


A.Cara memasang Processor pada motherboard :



  • · Buka pengunci Socket Processor pada Motherboard seperti yang terlihat pada gambar di atas.
  • · Pasangkan Processor ke Motherboard. (PENTING...! Perhatikan bahwa Processor mempunyai tanda pada salah satu sudutnya, dalam hal ini biasanya ditandai dengan lekukan, lubang atau anak panah).
  • · Cocokan tanda tersebut dengan tanda yang ada pada Socket Processor (Jika Anda melakukan hal tersebut di atas dengan tepat, maka Processor akan dapat dimasukkan ke socketnya dengan baik dan benar).
  • · Kemudian kunci kembali socket tersebut, dengan cara menekan tuas kebawah dan mengaitkan pada pengunci yang ada. 


B.Cara memasang CPU Cooler :



  • · Siapkan CPU Cooler dan Processor.
  • · Lapisi Processor yang sudah terpasang dan permukaan CPU Cooler dengan pasta yang sudah dipersiapkan tadi.
  • · Kemudian pasangkan CPU Cooler tepat diatas Processor yang sudah terpasang, lalu kuncikankan pengunci pada CPU Cooler.
  • · Hubungkan daya yang terdapat pada CPU Cooler dengan Motherboard.

C.Cara memasang RAM :
  • · Perhatikan slot memory Anda, apakah sudah sesuai dengan jenis memory yang Anda gunakan.
  • · Jika sudah sesuai, maka pasangkan memory komputer Anda pada slot yang sudah disediakan.
  • · Kemudian klik pengait pada masing-masing hujung memory agar memory tidak bergerak-gerak.

3.Memasang Power Supply :



Biasanya kalau kita membeli casing pasti power supply sudah terpasang. Apabila power supply belum terpasang dan cara untuk memasang ialah seperti gambar rajah diatas :



4.Memasang HardDisk dan CD/DVD Drive. 





Sebelum memasang Hardisk ke casing langkah pertama yang harus anda lakukan adalah mengenal pasti jenis Hardisk yang akan anda gunakan. Untuk Hardisk yang sering digunakan saat ini iaitu Hardisk ATA dan SATA. Jika anda menggunakan Hardisk ATA maka kabel penghubung dari Hardisk ke Motherboard yang harus Anda gunakan adalah Kabel IDE, dan jika Anda menggunakan Hardisk SATA maka gunakan kabel SATA. Perbezaan kabel IDE dan SATA terletak pada fisik kabel, dan kabel ATA lebih lebar berbanding kabel SATA. Biasanya kabel ATA digunakan untuk beberapa perangkat lain selain dari pada Hardisk seperti CD/DVD-ROM.

A.Cara memasang Hardisk seperti :





· Pertama, aturlah jumper pada hard disk. Jumper ini ada di bahagian belakang hardisk dan memiliki tiga hingga lima pasang pin. Bila hardisk yang akan anda pasang cuma satu, maka setlah jumper ke posisi "MASTER". Jika ada dua hardisk, maka cabut jumper hard disk ke dua dan posisikan sebagai "SLAVE". Petunjuk pemasangan jumper biasanya ada pada sisi atas hardisk.


· Pasang kabel data SATA pada port data di belakang hardisk. Pemasangannya tidak sulit. Masukkan saja hujung kabel dengan port data di hardisk, jadi tidak mungkin terbalik. Lalu, pasang ujung satunya dari kabel data tersebut pada port SATA 1 atau primary SATA pada Motherboard. Cara pemasangannya sama dengan pemasangan ke hardisk. Untuk lebih jelas nya perhatikan gambar di bawah ini :








· Kemudian letakkan hardisk pada tempat yang sudah disediakan di casing, biasanya ada beberapa slot, kemudian kencangkan dengan skrup yang tersedia. Setelah itu pasanglah kabel power dari Power Supply ke Hardisk seperti gambar langkah 4 di atas. Jika Power Supply anda model lama yang tidak mempunyai kabel power untuk SATA.



B.Cara pemasangan CD/DVD :


Untuk pemasangan CD/DVD drive ini kurang lebih sama dengan pemasangan Hardisk. Hanya penempatannya saja yang sedikit berbeza, biasanya CD/DVD Drive ditempatkan pada bahagian teratas pada casing. Sebelum menempatkan CD/DVD Drive, buka dulu penutupnya yang terbuat dari plastik, kemudian tekan penutupnya dari bahagian dalam.


5.Memasang cable computer :



Setelah semua komponen komputer terpasang, langkah selanjutnya adalah memasang kabel-kabel komputer, I/O, kabel hardisk, kabel CD ROM, kabel power CPU.


Perhatikan langkah pertama ini dengan teliti , karena ini merupakan salah satu yang paling utama dalam memasang komputer, jika kabel yang anda hubungkan ternyata salah maka akan berakibat “shock” tetapi anda tidak perlu risau, setiap kabel sudah disetting sedemikian rupa agar berbeza dengan yang lain, jadi anda hanya tinggal mencucukkan saja dengan tempatnya. Berikut adalah beberapa gambar untuk memasang kabel-kabel computer :





6.Memasang Card Adapter :


Untuk Card Adapter yang biasanya dipasang adalah untuk sound, video card, modem dan SCSI adapter. Cara pemasangannya ialah: 

Masukkan Card Adapter pada slot yang tersedia di motherboard, lalu tekan sampai konektor sehingga masuk, kemudian ketatkan dengan skrup sebagai penahan card. Untuk lebih jelas nya perhatikan gambar di bawah ini :







7.Langkah terakhir untuk memasang kabel computer :


Kalau semua langkah-langkah perakitan komputer sudah selesai, kini tutup dengan casing dan ketatkan dengan skru. Hubungkan kabel dari catu daya ke soket dan juga hubungkan konektor monitor ke port video card, konektor kabel keyboard dan konektor mouse ke port mouse.




8.Pemeriksaan Pemasangan Cable Komputer :


Setelah komputer selesai dipasang, kita lakukan pemeriksaan hasilnya dengan program BIOS, caranya :

  • · Nyalakan komputer dan monitor, lihat monitor dan juga dengarkan suara dari speaker.
  • · Run program Fost dari Bios ini akan automatic detect hardware apa saja yang sudah dipasang pada komputer.
  • · Lakukan setting untuk nilai dari capacity hardisk dan boot sequence.
  • · Jika sudah, simpan hasil setting dan exit dari setup BIOS, maka komputer loading system operasi dengan urutan pencarian yang disesuaikan dengan setting boot sequence pada Bios.
  • · Masukkan CD Bootable yang berisi sistem operasi pada drive pencarian.




Laporan Teknikal 2


Windows 7 System Recovery


Apabila komputer kita menghadapi masalah, misalnya kena virus/malware, banyak problem selepas masa install atau uninstall software, configuration Windows dan dapat masuk safe mode apa yang kita boleh buat untuk membetulkan masalah-masalah tersebut ialah dengan menggunakan System Restore.

System Restore ni sangat popular semasa Windows XP dan kebanyakan problem boleh disettle dengan menggunakan System Restore. Tapi itu hanya untuk Windows XPlah. Windows 7, lain pula kisahnya. Walaupun ada beberapa problem boleh dipulihkan dengan menggunakan System Restore di Windows 7, tapi janganlah berharap sangat. Kebolehan System Restore dalam Windows 7 ni aku rasa sangat unreliable, kebanyakan problem tak boleh settle dengan menggunakan System Restore di Windows 7.

Walaupun begitu, kalau komputer kita manghadapi masalah, cubalah dulu gunakan System Restore. Aku akan cover cara menggunakan System Restore di artikel yang lain. Di artikel ni, aku nak tunjuk langkah-langkah atau cara-cara bagaimana nak buat System Recovery.

System Recovery ni adalah advance dari System Restore. Kalau System Restore failed, langkah terakhir ialah menggunakan System Recovery. Kalau System Restore hanya menggantikan fail-fail critical dalam system windows, System Recovery ni pula akan menggantikan seluruh Windows dari Windows System Backup (seluruh partition). Sistem Windows yang lama akan dipadamkan diganti dengan sistem Windows dari backup. Jadi, System Recovery ni sesuai hanya sebagai langkah terakhir.



Cara Menggunakan Windows System Recovery :




Untuk menggunakan System Recovery, kenalah ada sistem yang kita telah buatkan backup semasa komputer kita masih elok dulu.

1. Buka Control Panel dan klik ikon Recovery






2. Klik pada Advance recovery methods






3. Pilih Advance method iaitu "Use a system image you created earlier..."






4. Skip buat backup


Fungsi backup di sini ialah untuk buat fail-fail kita seperti dokumen, gambar, mp3 dan lain-lain yang terdapat dalam drive C: (biasanya seperti dari dalam my documents, my pictures, my music etc) keluar external harddisk ataupun drive D:





5. Tekan restart



“Warning” akan keluar jika tidak buat backup files dan computer akan restart.





Loading… 





6. Pilih keyboard.


Bila masuk System Recovery Options, perkara mula-mula sekali memang kena pilih keyboard. Tekan next…





7. Pilih System image backup.


Kalau kita ada system image yang lain, gunakan pilihan yang kedua. Windows akan recommend system image yang paling baru dia detect.
Tekan butang Next dan Next lagi di window sterusnya.







8. Tekan Finish untuk memulakan proses Windows System Recovery.




Akan keluar warning: Semua fail dalam partition yang kita nak restore tu akan hilang dan akan digantikan dari fail backup.




Windows System Recovery bermula. Masa yang di ambil adalah bergantung kepada saiz image backup. Selepas siap proses ini, Windows akan start seperti sediakala mengikut keadaan komputer semasa image backup itu dibuat dahulu.



Laporan Teknikal 1

PROSES FORMAT WINDOW 7 :


Pengenalan :
Windows 7 adalah sistem operasi dari Microsoft yang cukup popular di kalangan penggunanya. Menurut beberapa ahli, sistem operasi ini menutup beberapa kekurangan yang ada pada Windows Vista, sistem operasi pendahulu sebelum Windows 7. Penetrasi Windows 7 ini sangat besar kerana banyak komputer terutama laptop yang dijual dengan Windows 7 yang sudah dipasang didalamnya. Bahkan beberapa laptop terbaru mengharuskan penggunaan Windows 7 pada produk mereka kerana sistem yang digunakan sangat baru dan tidak disediakan driver untuk sistem operasi lainnya.

Windows 7  adalah keluaran terkini Microsoft Windows yang menggantikan Windows Vista.  Windows 7 dikeluarkan untuk pengilang komputer pada 22 Julai 2009 dan dikeluarkan untuk awam pada 22 Oktober  2009 iaitu kurang dari tiga tahun setelah keluaran pendahulunya, Windows Vista. Tidak seperti pendahulunya yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 lebih fokus pada pengembangan dasar Windows, dengan tujuan agar lebih serasi dengan aplikasi-aplikasi dan peranti keras komputer yang serasi dengan Windows Vista. Persembahan Microsoft tentang Windows 7 pada tahun 2008 lebih fokus pada sokongan multi-touch pada layar, reka bentuk ulang taskbar  yang sekarang dikenali sebagai  Superbar iaitu sebuah sistem jaringan rumahan bernama HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi standard yang disertakan pada versi sebelumnya dari Microsoft Windows seperti Windows Calendar, Windows Mail, Windows Movie Maker, dan Windows Photo Gallery, kini tidak disertakan lagi di Windows 7 yang mana kebanyakan ditawarkan oleh Microsoft secara berasingan sebagai sebahagian daripada paket Windows Live Essentials yang percuma.
Windows 7 mempunyai 6 versi yang sama dengan Windows Vista. Hanya terdapat perbezaan nama, jika Windows Vista mempunyai versi Business maka pada Windows 7 versi tersebut dinamakan Professional.


Namun seperti yang sudah-sudah, produk yang dikeluarkan oleh syarikat Microsoft pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berimbang. Oleh kerana itu hendaklah kita mengenali dulu  apakah Windows 7 tersebut sebelum anda membelinya sebagai sistem operasi untuk komputer anda.
Jenis Windows 7
Terdapat beberapa tipe Windows 7 yang terdapat di pasaran, antara lain :
Windows 7 Starter Edition
Windows 7 Home Basic
Windows 7 Home Premium
Windows 7 Professional
Windows 7 Enterprise

Windows 7 Ultimate 

Cara Format dan Install Windows :
1.1.     Dikehendaki klik pada Start dan kemudian pilih restart pada ruang shut down untuk proses boot cd windows 7.


2.     Tekan  Enter atau  mana-mana papan kekunci.

3. Windows sedang loading.


4.     Setelah masuk  pada boot cd windows, pilih bahasa untuk proses  format sistem operasi. Kemudian klik next.

5. Seterusnya, klik pada Install Now.




 6. Tick pada "I accept the license terms"

7. Klik pada Custom (Advanced).

 8. Klik Drive Options and format which partition you want and install Windows

9.    Seterusnya, klik pada Disk 0 Partition 2 dan pilih delete serta format. Kemudian ia juga dilakukan untuk Disk 0 Partition 3.




 10.    Kemudian, pada Disk 0 Unallocated Space, pilih new.



11. Bahagi kepada dua partition.

1.12.     Pada size tersebuat, tukarkan nilai 0 kepada berapa banyak nilai yang ade sebelumnya. Contoh seperti ini, ada 5 nilai.Jadi, nilai kosongnya ade 5 dan seterusnya klik apply.

13.   Setelah partition  2 berjaya dilakukan, klik juga pada Disk 0 Unallocated Space dan pilih new.


 14. Klik Apply dan tunggu.

15. Proses install windows.

16. Setelah hampir siap, secara automatik sistem akan reboot seketika







17.   Sistem operasi windows 7 sedia untuk beroperasi.



18.     Kemudian dikehendaki untuk memasukkan nama pengguna komputer dan klik next.


19. Sekiranya perlu untuk meletakkan kata laluan,masukkan kata laluan di ruang yang disediakan.

20.    Klik pada “ Use recommended settings”



21.     Dikehendaki untuk memilih zon waktu yang sesuai mengikut Negara masin-masing.Jadi, pilih Kuala Lumpur,Singapore.


22. Kini, sistem operasi sedang melakukan proses yang terakhir.



23. Akhirnya, proses format sudah berjaya dan anda boleh mulakan install software software yang perlu anda guna. Good luck..