Friday, April 17, 2015

Komen Dan Cadangan


Sepanjang menjalani latihan industri terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh. Berikut saya memberi serba sedikit cadangan untuk kebaikan sesebuah organisasi. Mereka haruslah menitik beratkan keselamatan dan kebajikan pelajar praktikal.

Selain itu sesebuah organisasi haruslah peka dengan kemasukan pelajar praktikal dengan kursus yang diambil supaya tidaklah ditempatkan dibahagian yang tidak berkenaan dan berkaitan dengan kursus yang diambil menyebabkan pelajar melakukan kerja yang tidak sesuai semasa menjalani latihan industri dengan kursus yang diambil.

Cadangan untuk para pelatih ialah mereka haruslah memberi tunjuk ajar tentang kerja-kerja yang hendak dilakukan bagi setiap tugasan yang diberi, dan memberi pendedahan yang mendalam tentang tugas-tugas yang ingin dibuat dari segi teknikal dan latihan.

Disamping itu juga, kemudahan tandas bangunan tidak disediakan dengan baik oleh kerana pelajar pelatih melakukan kerja dibangunan lain terpaksa turun dengan jarak yang jauh, sesebuah organisasi seharusnya menyediakan tandas yang sempurna dari segi kebersihan dan kelengkapan tandas.

Pihak pelatih juga didapati kekurangan pekerja untuk menguruskan kaunter utama. Mereka seharusnya perlu ada penambahan pekerja supaya tidak berlaku masalah-masalah seperti tidak cukup kakitangan untuk melayan kuantiti pelawat yang ramai.

Justeru, sesebuah organisasi yang menerima pelajar praktikal seharusnya perlu menitik beratkan peluang dan kepercayaan kepada pelajar praktikal untuk mengendalikan sesebuah kerja dan tugas yang diberikan dan memberi keterangan dan tunjuk ajar sebelum memberikan sesebuah tugas. Ia dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan memberi pengetahuan kepada pelajar praktikal dengan adanya cabaran-cabaran dan dapat bekerja dengan lebih komited terhadap tugas yang diberikan.

No comments:

Post a Comment