~PENDAHULUAN~
Kursus Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Bagi melayakkan seseorang pelajar politeknik mendapat penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik, pelajar diwajibkan menjalani kursus Latihan Industri di organisasi atau syarikat yang dipilih sendiri oleh pelajar dan dipersetujui oleh pihak politeknik. Bermula dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melaksanakan sistem yang memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri. Pelajar yang gagal menamatkan kursus latihan Industri dua kali berturut-turut dengan keputusan minima secara automatiknya tidak layak dianugerahi Sijil atau Diploma Politeknik. Secara umumnya, pelajar politeknik diberi tempoh masa lebih kurang 4 bulan untuk mencari atau mendapatkan organisasi bagi menjalani latihan industri sama ada di dalam sektor kerajaan mahupun swasta yang bersesuaian dengan jurusan yang diambil oleh mereka. Namun jika seseorang pelajar politeknik masih gagal mendapat tempat untuk menjalani latihan industri dalam tempoh yang diberikan, pelajar perlu merujuk kepada pegawai di Unit Latihan Industri Politeknik (UPLI) untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bimbingan dalam proses pencarian organisasi latihan. Pelajar Politeknik khususnya perlu menjalani latihan industri selama satu semester iaitu selama 20 minggu. Namun, bagi pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP), mereka menjalani latihan industri selama 10 minggu sahaja. Pada semester ini, saya akan menjalani latihan industri pada sesi Dis 2014 iaitu bermula pada 01 Disember 2014 hingga 17 April 2015. Sepanjang tempoh 20 minggu latihan industri ini, para pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan serta lebih tekun, dedikasi dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas yang diberikan supaya memperolehi keputusan yang cemerlang pada semester latihan industri serta menjaga nama baik Politeknik.
~PENGHARGAAN~
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada MR BENEDICT HUMPHREY LIEW selaku DIRECTOR IN BHL COMPUTERS kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di sana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari POliteknik Balik Pulau, dan tidak lupa juga kepada MRNG KING KWONG selaku Pegawai Pengambilan Latihan Industri yang menguruskan segalanya dan memberi dorongan di sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat BHL COMPUTERS ini selama temboh 5 bulan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja serta staf-staf BHL COMPUTERS yang banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri di sana. Tanpa bantuan dari mereka smua, tidak mungkin saya akan mempelajari banyak benda baru, pengetahuan yang mendalam, serta kerjasama yang diperoleh dari mereka semua sebagai rujukan dan pertanyaan dalam sesuatu maslah yang saya alami didalam saya menjalankan latihan industri di BHL COMPUTERS tersebut.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Balik Pulau terutama pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di BHL COMPUTERS tersebut.
~PENGENALAN~
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama enam bulan.

No comments:
Post a Comment