Laporan Latihan Industri
Laporan ini disediakan sebagai salah satu daripada
tugasan yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan setelah
selesai menjalani Latihan Industri. Ia
disediakan berdasarkan apa yang yang telah dilakukan semasa menjalani Latihan
Industri berpandukan kepada buku laporan harian yang telah dicatat setiap hari
semasa menjalani latihan. Laporan ini berpandukan kepada garis panduan dan
format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik Ungku Omar, Perak.
Objektif laporan industri adalah seperti berikut:
- Bukti kepada latihan yang diikuti
Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh
pelajar direkodkan dalam buku laporan harian sebagai bukti bagi latihan yang
diikuti. Dengan terhasilnya laporan
tersebut, pihak Politeknik dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan
kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh latihan.
- Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan
Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai
satu cara mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti sepanjang tempoh
latihan. Pengalaman serta pengetahuan
baru dapat dijana melalui laporan yang dibuat oleh pelajar.
- Laporan yang berguna di masa hadapan
Pengalaman
adalah satu syarat utama yang dipertimbangkan oleh sesebuah organisasi dalam
mencari pekerja. Perakuan daripada pihak
organisasi semasa latihan industri boleh dijadikan bukti pelajar tersebut
mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburi.
No comments:
Post a Comment