Thursday, April 9, 2015
Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Bahagian ini menerangkan ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Ringkasan mingguan ini adalah berdasarkan aktiviti harian yang dilakukan di organisasi. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian atau jurnal refleksi. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugas yang telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu selama 20 minggu bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 17 April 2015. Sepanjang perjalanan saya menempuh alam latihan industri ini, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baharu. Selain mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat yang wajib dipatuhi. Disini, terdapat dua Department , iaitu Sales Department dan Service Center Department.Saya telah diberi jadual untuk berada seminggu di Sales dan seminggu di Service Center untuk tujuan mempelajari cara cara service dan strategy marketing dalam dunia perniagaan yang sebenar.
Secara umumnya, saya banyak melakukan tugasan di bahagian unit teknologi maklumat (ICT) dalam membantu melakukan proses kerja yang berkaitan dengan perisian komputer dan printer. Selain itu, saya juga turut membantu staff dan manager dalam melakukan penyelenggaraan komputer seperti format,klon dan discovery di service center yang disediakan kerana skop pembelajaran saya merangkumi bahagian teknologi maklumat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Minta izin untuk saya jadian rujukan ya.. thankyou .. :)
ReplyDelete