Thursday, April 9, 2015

Ringkasan Minggu 1 - 7

Ringkisan Mingguan adalah seperti berikut :



MINGGU PERTAMA ( 1 DIS - 6 DIS 2014)

Pada minggu pertama di Syarikat BHL COMPUTERS, saya dan kawan praktikal yang lain telah diberi pengenalan yang ringkas tentang syarikat tersebut dan berkenalan dengan staff di syarikat tersebut. Pada minggu ini, saya dapat belajar dengan lebih baik cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan dengan cara yang lebih berhemah dan sopan santun. Syarikat ini terbahagai kepada dua iaitu Sales Department & Technical Department. Setiap minggu kami pelajar praktikal akan bertukar tempat . Manager di Technical Department telah memberi arahan untuk mengetahui peraturan-peraturan yang terdapat di  Service Center.

Antara kemahiran yang saya perolehi pada minggu pertama ini ialah :
·         BERKOMUNIKASI dengan pelbagai ragam pelanggan.
·         BERDISIPLIN  dalam melakukan sesuatu hal.

·         BERANI berhadapan dengan pelanggan.





MINGGU KEDUA (8 DIS – 13 DIS  2014)


Pada minggu kedua , saya dan praktikal yang lain berada di Sales Department. Dibahagian ini saya lebih terdedah kepada bahagian marketing. Saya dapat mengenali barang barang software dan hardware yang digunakan untuk computer peribadi (laptop) atau PC anda. Disini juga saya telah mengetahui cara cara untuk mempromosi sesuatu barangan yang terdapat disesebuah kedai. Menerangkan kepada pelanggan sesuatu barangan yang telah kita kenal pasti barang tersebut. Disini juga kami dapat menyakinkan diri untuk lebih berani,  cermat dan lebih berdisiplin dalam sesuatu perkara.

Barangan yang penting untuk kegunaan seseorang sebagai seorang pelajar:
  • ·        PRINTER
  • ·        LAPTOP
  • ·        PC
  • ·        EXTERNAL HARDDISK

PRINTER

External Harddisk
                                                           

PC set
                                                                             

LAPTOP




















MINGGU KETIGA  (15 DIS -20 DIS 2014)

PENGENALAN :

Pada minggu ketiga saya berada di Techinal Department selama 2 hari dan selebihnya di Sales Department kerana tidak cukup orang. Disini saya dapat mengenali RAM ,HDD dan Printer dengan lebih baik dan jelas lagi. Apa yang saya dapat tahu ialah Hard Disk jangan sesekali bagi ia jatuh kerana bila dia jatuh kemungkinan besar Hard Disk tersebut akan rosak. Kemudian, saya di Sales Department, saya Berjaya untuk menjual laptop dan telefon bimbit pada pelanggan dalam masa empat hari itu.


RAM






 MINGGU KEEMPAT (22 DIS – 27 DIS 2014)



Pada minggu ini, saya di Technical Department saya telah diarahkan untuk mengikuti salah seorang staff technician (Abang Faizal) dan Sir Ng King Kwong untuk bagi projek luar iaitu pemasangan CCTV. Disini saya mendapat sesuatu ilmu yang baru dalam hidup saya iaitu cara cara untuk memasang kabel dan CCTV. Projek saya yang pertama ialah membuat pemasangan CCTV disebuah bangunan Caunselor di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS yang berdekatan dengan syarikat saya berpraktikal. Kami bertiga berada di bangunan tersebut selama 3 hari kerana banyak benda yang perlu kami lakukan dan hanya saya dan staff sahaja yang terlibat untuk projek tersebut. Dibangunan itu kami telah membuat sebanyak 16 kamera CCTV untuk projek.

Cara-Cara :



Spesifikasi bagi system CCTV untuk pemasangan CCTV di rumah kediaman atau ruang pejabat adalah mencakupi seperti berikut :


i. 1 unit DVR (4-channel/ 1 BNC output/ 1 VGA output / 1 network port) model


ii. Hard Disk SATA (80Gb)


iii. 4 biji kamera Dome


iv. Monitor - boleh guna monitor komputer




Projek pendawaian amali SMK seterusnya adalah melibatkan pemasangan CCTV. Berikut adalah perkara utama dalam proses pemasangan CCTV :


1. Tentukan kabel yang sesuai

Dalam projek amali ini, kabel CCTV yang digunakan adalah jenis coaxial cable RG59/6 series. Ini merupakan kabel standard yang sering digunakan untuk penyambungan antara kamera CCTV dan DVR.

Manakala penyambung yang digunakan adalah jenis BNC connector. Ia menyambungkan antara panel video pada DVR dan kamera jenis Dome.



2. Tentukan lokasi dan area pantauan CCTV

Lokasi pemasangan CCTV ditentukan berdasarkan jarak pandangan yang hendak dikawal samada jauh atau dekat dan apakah untuk keadaan gelap atau terang. Penetapan lokasi amat penting bagi mendapatkan titik fokus kawasan yang hendak di kawal.


3. Penetapan Kedudukan kamera CCTV

Terutama untuk pemasangan CCTV di rumah, perletakkan sudut kamera CCTV di bawah tempat berbumbung boleh melindungi kamera CCTV anda dari hujan, angin, dan sebagainya. Selain itu, penempatan di bawah bumbung juga biasanya memberikan paparan yang lebih baik dan mudah untuk menarik kabel jaringan.

Dalam projek amali ini, kamera jenis Dome infrared digunakan. Ia boleh menghasilkan gambar yang terang walau pun pada waktu malam atau dalam suasana yang gelap.

Kabel video dan bekalan kuasa di sambung secara berasingan di mana bekalan kuasa menggunakan palam 3-pin yang di sambung ke soket alir keluar 13A.


4. Proses Menarik Kabel (Lay-out cabel)

Setelah menentukan titik pemasangan CCTV, berikutnya adalah mencari titik masuk untuk menarik kabel RG59/6 dari luar ke dalam melalui atas siling atau laluan conduit dan sebagainya. Pada kebiasaannya pada ruang pejabat lebih praktikal menarik kabel dilakukan melalui atas siling. Ia nampak lebih kemas dan tersusun

DVR yang digunakan mempunyai panel untuk bekalan kuasa secara berasingan. Oleh itu kabel untuk bekalan kuasa kamera CCTV perlu disambungkan kepada punca bekalan yang terhampir dengan lokasi kamera tersebut.


5. Penempatan Monitor dan DVR

Monitor dan DVR adalah peralatan yang melengkapi sistem CCTV anda. Tentukan tempat dimana monitor dan DVR akan diletakkan secara bersebelahan bagi memudahkan proses ‘setting’ (biasanya pengguna akan merujuk kepada buku manual yang disediakan oleh pihak pembekal DVR). Untuk keselamatan ada baiknya set DVR diletakkan secara tersembunyi terutama di rumah kediaman bagi mengelakkan penceroboh merosakkan atau mengambil set DVR.

6. Lay-out kabel & 'Setting'

Setelah mendapatkan posisi perletakkan kamera CCTV dan lokasi penempatan monitor serta DVR, maka berikutnya adalah proses terakhir iaitu menarik kabel RG59 yang menghubungkan antara CCTV dengan monitor dan DVR. Maka lengkaplah proses pemasangan set CCTV di rumah kediaman atau di bangunan pejabat. Setelah set CCTV selesai di pasang dan boleh disambung bekalan kuasa, maka proses 'setting' DVR merujuk kepada manual yang disertakan dapat dilakukan.

Sambungan kabel kamera, monitor dan mouse untuk proses 'setting' DVR

Sambungan semua komponen yang telah lengkap di mana monitor memaparkan imej yang telah dirakam oleh kamera CCTV


Image :

M. POWER

Connector

Cable Power


DVR


MINGGU KELIMA (29 DIS – 4 JAN 2015)


Pada minggu ini, saya dapat mengetahui tentang mouse scanner , RAM and Wireless Access Point. Mouse scanner direka khas untuk dijadikan sebagai dual function , iaitu :
·        Mouse
·        For scanner.

Mouse ini juga berkelebihan untuk support up of 198 bahasa. Kalau dilihat satu persatu , banyak kelebihan mouse tersebut.

Seterusnya, RAM. RAM function begitu besar dalam sesebuah laptop atau PC (Personal Computer).RAM memain peranan sebagai untuk menyimpan segala data yang ada dalam program komputer anda. Wireless Access Point pula memain peranan sebagai wireless device untuk sambungkan dengan wired network. Access Point biasanya bersambung ke router sebagai peranti yang berdiri sendiri , tetapi ia juga boleh menjadi satu komponen penting dalam router itu sendiri .

Mouse Scanner (MYScan)





MINGGU KEENAM (5 JAN – 10 JAN 2015)


Pada minggu ini ,saya lebih didedahkan kepada printer. Salah satu yang telah saya pelajari ialah modified atau memasang CISS normal diluar printer.CISS terdapat dua jenis iaitu normal dan professional. CISS professional ini lebih mahal harganya berbanding yang normal. Pemasangan CISS  ini sebenarnya lebih menjimatkan dan tahan lama tetapi selepas modified warranty terus terbatal.
Cara-cara :

Mengeluarkan object atau benda yang telah tersekat dalam printer.Kebiasaannya yang selalu jatuh dalam printer ialah :
·        Duit syling
·        Getah rambut
·        Sikat
·        Pemadam dan pensil

Ini ialah apa yang sering saya dapati semasa saya sedang keluarkan benda didalam printer customer.


Catridge calar selalunya terjadi bila pengguna menarik kertas yang sangkut didalam printer dengan kuat. Itu akan menyebabkan catridge itu calar dan bila print out hasilnnya sangkut sangkut dan garisannya tidak lurus. Antara jalan penyelesaiannya ialah tukar catridge baru jika masih mahu menggunakan printer tersebut.




MINGGU KETUJUH (12 JAN – 18 JAN 2015)


     Pada minggu ini, saya telah mempelajari komponen-komponen laptop dan PC(Personal Computer). Saya telah mengetahui tentang kabel DVI, SATA, PATA, RJ-45 DAN RCA-connector.

    
SATA Is interface that connect hort bus adapters to mass storage example is Hard Disk dan optical drives.

RJ-45 ialah merupakan wayar rangkaian untuk disambungkan dengan pc or laptop untuk bagi mendapatkan internet dengan cepat. Wayar ini kebiasaannya digunakan pada yang bekerja dibangunan bangunan tinggi dan kedai kedai.

PATA adalah antara muka standard untuk sambungan peranti storage seperti cakera keras , pemacu cakera liut dan cakera optik . PATA adalah hasil daripada sejarah yang panjang pembangunan teknikal tambahan . Ia telah sebahagian besarnya telah digantikan dengan SATA dalam sistem yang lebih baru.

Penyambung RCA kadang-kadang dipanggil penyambung telefon atau Cinch penyambung . Ia digunakan untuk membawa audio dan video isyarat . Ia pada asalnya kos yang rendah , reka bentuk yang ringkas bertujuan hanya untuk mengawan dan memutuskan sambungan apabila perkhidmatan konsol. Ia mula menggantikan yang lebih tua penyambung telefon suku inci untuk banyak aplikasi lain dalam audio pengguna komponen akan apabila sistem fidetity tinggi .


Cable Sata

Cable RJ-45

Cable VGA

Cable Pata
Cable RCA

No comments:

Post a Comment