Friday, April 17, 2015

Laporan Teknikal 1

PROSES FORMAT WINDOW 7 :


Pengenalan :
Windows 7 adalah sistem operasi dari Microsoft yang cukup popular di kalangan penggunanya. Menurut beberapa ahli, sistem operasi ini menutup beberapa kekurangan yang ada pada Windows Vista, sistem operasi pendahulu sebelum Windows 7. Penetrasi Windows 7 ini sangat besar kerana banyak komputer terutama laptop yang dijual dengan Windows 7 yang sudah dipasang didalamnya. Bahkan beberapa laptop terbaru mengharuskan penggunaan Windows 7 pada produk mereka kerana sistem yang digunakan sangat baru dan tidak disediakan driver untuk sistem operasi lainnya.

Windows 7  adalah keluaran terkini Microsoft Windows yang menggantikan Windows Vista.  Windows 7 dikeluarkan untuk pengilang komputer pada 22 Julai 2009 dan dikeluarkan untuk awam pada 22 Oktober  2009 iaitu kurang dari tiga tahun setelah keluaran pendahulunya, Windows Vista. Tidak seperti pendahulunya yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 lebih fokus pada pengembangan dasar Windows, dengan tujuan agar lebih serasi dengan aplikasi-aplikasi dan peranti keras komputer yang serasi dengan Windows Vista. Persembahan Microsoft tentang Windows 7 pada tahun 2008 lebih fokus pada sokongan multi-touch pada layar, reka bentuk ulang taskbar  yang sekarang dikenali sebagai  Superbar iaitu sebuah sistem jaringan rumahan bernama HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi standard yang disertakan pada versi sebelumnya dari Microsoft Windows seperti Windows Calendar, Windows Mail, Windows Movie Maker, dan Windows Photo Gallery, kini tidak disertakan lagi di Windows 7 yang mana kebanyakan ditawarkan oleh Microsoft secara berasingan sebagai sebahagian daripada paket Windows Live Essentials yang percuma.
Windows 7 mempunyai 6 versi yang sama dengan Windows Vista. Hanya terdapat perbezaan nama, jika Windows Vista mempunyai versi Business maka pada Windows 7 versi tersebut dinamakan Professional.


Namun seperti yang sudah-sudah, produk yang dikeluarkan oleh syarikat Microsoft pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berimbang. Oleh kerana itu hendaklah kita mengenali dulu  apakah Windows 7 tersebut sebelum anda membelinya sebagai sistem operasi untuk komputer anda.
Jenis Windows 7
Terdapat beberapa tipe Windows 7 yang terdapat di pasaran, antara lain :
Windows 7 Starter Edition
Windows 7 Home Basic
Windows 7 Home Premium
Windows 7 Professional
Windows 7 Enterprise

Windows 7 Ultimate 

Cara Format dan Install Windows :
1.1.     Dikehendaki klik pada Start dan kemudian pilih restart pada ruang shut down untuk proses boot cd windows 7.


2.     Tekan  Enter atau  mana-mana papan kekunci.

3. Windows sedang loading.


4.     Setelah masuk  pada boot cd windows, pilih bahasa untuk proses  format sistem operasi. Kemudian klik next.

5. Seterusnya, klik pada Install Now.




 6. Tick pada "I accept the license terms"

7. Klik pada Custom (Advanced).

 8. Klik Drive Options and format which partition you want and install Windows

9.    Seterusnya, klik pada Disk 0 Partition 2 dan pilih delete serta format. Kemudian ia juga dilakukan untuk Disk 0 Partition 3.




 10.    Kemudian, pada Disk 0 Unallocated Space, pilih new.



11. Bahagi kepada dua partition.

1.12.     Pada size tersebuat, tukarkan nilai 0 kepada berapa banyak nilai yang ade sebelumnya. Contoh seperti ini, ada 5 nilai.Jadi, nilai kosongnya ade 5 dan seterusnya klik apply.

13.   Setelah partition  2 berjaya dilakukan, klik juga pada Disk 0 Unallocated Space dan pilih new.


 14. Klik Apply dan tunggu.

15. Proses install windows.

16. Setelah hampir siap, secara automatik sistem akan reboot seketika







17.   Sistem operasi windows 7 sedia untuk beroperasi.



18.     Kemudian dikehendaki untuk memasukkan nama pengguna komputer dan klik next.


19. Sekiranya perlu untuk meletakkan kata laluan,masukkan kata laluan di ruang yang disediakan.

20.    Klik pada “ Use recommended settings”



21.     Dikehendaki untuk memilih zon waktu yang sesuai mengikut Negara masin-masing.Jadi, pilih Kuala Lumpur,Singapore.


22. Kini, sistem operasi sedang melakukan proses yang terakhir.



23. Akhirnya, proses format sudah berjaya dan anda boleh mulakan install software software yang perlu anda guna. Good luck..



2 comments: